Connect with:




Peminat sukan mix martial arts (MMA) di Malaysia pastinya sudah tidak sabar menantikan tarikh 7 Disember ini.

Apa ada pada 7 Disember?

Pada tarikh tersebut, Axiata Arena Bukit Jalil akan menjadi venue acara ONE: DESTINY OF CHAMPIONS. Dianjurkan oleh ONE CHAMPIONSHIP yang dikenali sebagai promoter MMA terbesar di Asia, acara pada malam tersebut akan disertai bintang-bintang MMA negara antaranya Agilan Thani, Gianni Subba, Jihin Radzuan dan bintang muay thai, Mohammed Bin Mahmoud.

“Saya sentiasa teruja untuk beraksi di Malaysia. Bertarung di depan penyokong sendiri memberikan satu suasana yang berbeza” kata Agilan yang akan beraksi menentang Kiamrian Abbasov.

Selain pertarungan Agilan-Abbasov, peminat pastinya teruja untuk melihat penampilan pertama jaguh muay thai, Mohammed Mahmod menentang Stergos Mikkios, Gianni Subba menentang Ma Hao Bin dan bintang wanita, Jihin Radzuan yang akan menerima cabaran bekas pencabar takhta juara dunia, Jenny Huang.

Pertarungan utama pada ONE: DESTINY OF CHAMPIONS tidak kurang hebatnya apabila lagenda muay thai dunia, Yodsanklai IWE Fairtex dari Thailand bertemu dengan jaguh Australia, Luis Regis.

Bersempena dengan acara ini, Dunia Sukan akan menawarkan 10 pasang tiket bernilai RM70 sekeping dan satu hadiah utama iaitu sepasang tiket VIP bernilai RM390 sekeping untuk acara ONE: DESTINY OF CHAMPIONS.

Cara untuk memenanginya cukup mudah. Anda hanya perlu jawab soalan mudah di bawah:

Pertarungan bintang MMA Malaysia yang manakah menjadi tumpuan anda pada ONE: DESTINY OF CHAMPIONS dan kenapa anda memilih pertarungan tersebut?

Hantarkan jawapan anda pada ruangan komen di bawah. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan paling kreatif. Tarikh tutup peraduan adalah pada 3 Disember (12 tengah malam).

Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial anda.