Connect with:




Figos Malaysia telah memperkenalkan sarung tangan penjaga gol model baharu yang dilengkapi teknologi terkini untuk keselesaan anda beraksi sebagai benteng pertahanan terakhir.

Model AG 142 ini didatangkan dengan 2 warna khas iaitu oren dan hijau untuk pilihan anda. Tidak kiralah anda seorang amatur atau professional, AG 142 ini bakal memberikan anda kepuasan menjaga gawang sama seperti jenama-jenama yang lain. Dengan harga yang jauh lebih murah (RM 80.00), anda boleh memiliki kualiti yang sama dari segi ketahanan, fabrik dan reka bentuk menarik.

Rekaan untuk model kali ini dilihat lebih kompleks dan futuristik dimana warna merah dan hijau menjadi pilihan warna yang utama. Konsep bentuk sarang lebah dapat dibahagian belakang tangan manakala di ibu jari pula dilengkapkan material lembut latex sama di bahagian hadapan.


German Soft Latex
pula melitupi bahagian hadapan sarung tangan yang akan memberikan anda keselamatan dan keselesaan ketika menumbuk atau menepis bola keluar dari kawasan bahaya. Selain itu bahan latex ini juga akan memberikan lebih cengkaman dan lekapan ketika anda memegang bola.

Sarung tangan AG 142 ini juga dilengkapi dengan kepingan plastik nipis di bahagian jari dalam sarung tangan untuk menghalang jari daripada tercedera. Ia dibuat dengan jahitan kemas semi fit cutting untuk bahagian jari supaya lebih lekap di setiap jari anda.

Figos Malaysia telah berbesar hati untuk menyumbangkan 2 pasang sarung tangan AG 142 sebagai giveaway untuk followers Dunia Sukan dan Figos!

Jadi, bagaimana caranya untuk memenanginya? Mudah sahaja.

1) Daftar dahulu penyertaan anda di https://duniasukan.com/my-account/. Jika sudah mendaftar, teruskan ke langkah kedua.

2)Like page Figos Sportswear di Facebook dan follow mereka di Instagram

Pautan Facebook >>> https://www.facebook.com/figossportswear/
Pautan Instagram>>> https://www.instagram.com/figossportswear/

3) Nyatakan mengapa anda sebagai penjaga gol memerlukan sarung tangan ini dengan jawapan yang paling kreatif dan menarik. Hantarkan jawapan dalam ruangan komen di bawah.

Tarikh tutup penyertaan adalah 11.59 Malam pada 8 Ogos 2018. Kami akan hanya akan pilih 2 pemenang bertuah untuk giveaway kali ini.

Perlu diingatkan, hanya 2 pasang sarung tangan AG 142 sahaja untuk dimenangi. Selamat mencuba. Jangan lupa tag penjaga gol lain yang anda kenal ye!