Connect with:




Sabtu lalu berakhirlah sudah perjuangan tuan rumah, Rusia dalam saingan Piala Dunia 2018. Secara jujurnya, bagi penulis yang baru-baru ini berkunjung ke Moscow untuk menikmati sendiri suasana temasya 4 tahun sekali ini, terasa sedikit sedih melihat Rusia kecundang kepada Croatia dalam perlawanan suku akhir tersebut.

Rusia, walaupun digembar-gemburkan dengan nada yang negatif oleh media-media luar menjelang Piala Dunia, adalah sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawati. Rakyat mereka mungkin dilihat dingin atau sombong pada awalnya namun percayalah, orang Rusia sebenarnya tidak seperti itu.

Ramai diantara mereka cuba membantu saya dan kru DSTROOPERS yang ke Moscow sepanjang berada di sana. Bagi menghargai Rusia yang kami sifatkan sangat berjaya sebagai penganjur Piala Dunia, kami ingin hadiahkan dua mafla istimewa yang dibeli dari Moscow kepada dua pemenang bertuah giveaway kali ini.

Dua mafla tersebut merupakan mafla untuk kelab terkemuka di Moscow iaitu Spartak Moscow dan CSKA Moscow.

Macam mana nak menang? Mudah sahaja.

Pertama, daftar dahulu penyertaan anda di https://duniasukan.com/my-account/. Jika sudah mendaftar, teruskan ke langkah kedua.

Kedua, jawab dua soalan mudah berdasarkan vlog episod kedua DS Terjah Rusia ini:

Soalan Pertama – Di manakah lokasi DS Troopers membeli cenderahati dari Rusia untuk dibawa pulang ke Malaysia?

Soalan Kedua – Selain Rusia, namakan dua penyokong (negara) yang dapat dilihat semasa DS Troopers berkunjung ke FIFA FAN FEST MOSCOW.

Ketiga, nyatakan mafla pilihan yang ingin anda menangi (Spartak atau CSKA) dan nyatakan sebabnya.

Hantarkan dua jawapan ini dan slogan menerusi ruangan komen di bawah. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan slogan paling kreatif.

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 12 Julai 2018.

Selamat mencuba.

 

 

SHARE ON