Connect with:




Bersempena dengan kemenangan Perancis ke atas Argetina pada pusingan 16 terbaik, Dunia Sukan ingin berkongsi kegembiraan bersama dengan peminat peminat Les Blues.

Rombongan DS Terjah Rusia sebelum ini telah menyambar sehelai mafla eksklusif Perancis pada Piala Dunia 2018 di Official FIFA Fan Shop di Fifa Fan Fest, Moscow.

Mafla tersebut kini boleh menjadi milik anda dengan hanya mengikuti 3 langkah mudah ini:

Pertama, daftar dahulu penyertaan anda di https://duniasukan.com/my-account/. Jika sudah mendaftar, teruskan ke langkah kedua.

Kedua, jawab dua soalan mudah berdasarkan vlog pertama DS Terjah Rusia ini:

1) Namakan 3 bintang bolasepak yang dipotretkan dalam clubhouse Copa90.

2) Dimanakah lokasi pengambilan FIFA Fan ID yang dikunjungi rombongan DS Terjah Rusia.

Ketiga, sertakan sekali slogan “PERANCIS AKAN MENJUARAI PIALA DUNIA 2018 KERANA …….”

Hantarkan jawapan-jawapan dan slogan menerusi ruangan komen di bawah. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan slogan paling kreatif.

Tarikh tutup giveaway ini adalah sebelum sepak mula perlawanan suku akhir Perancis menentang Uruguay.

SHARE ON