Connect with:




Bersempena dengan final Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan Harimau Malaya menentang Vietnam di Bukit Jalil, Dunia Sukan ingin memberi peluang kepada semua peminat bolasepak untuk menyertai peraduan teka jaringan perlawanan akhir Selasa ini.

Cara untuk menyertainya cukup mudah. Anda hanya perlu menjadi subscriber Dunia Sukan secara percuma dengan mendaftar di https://duniasukan.com/my-account/

Sila isikan butiran dengan lengkap. Jika tidak, kami tidak akan bertanggungjawab seandainya anda tidak dapat dihubungi jika anda menang.

Jika anda sudah pun menjadi subscriber Dunia Sukan, nyatakan ramalan keputusan anda untuk final pertama Piala AFF 2018 di Bukit Jalil, Selasa ini dan nyatakan sekali siapakah pemain yang akan menerima Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan (Man Of The Match) pada malam tersebut.

Contoh:
Malaysia2-0 Vietnam
*Safawi Rasid

Seorang peserta hanya layak untuk membuat tekaan sekali sahaja. Nyatakan ramalan jaringan dan bakal pemenang MOTM di ruangan komen dibawah artikel ini sebelum jam 3 petang, Selasa, 11 Disember 2018.

Pemenang akan dipilih berdasarkan ramalan jaringan yang paling tepat terlebih dahulu.

Jika terdapat lebih dari seorang peserta yang memberikan ramalan tepat, pemenang ditentukan oleh ramalan pemain yang menerima MOTM. Jika masih terikat, kami akan membuat cabutan bertuah untuk menentukan pemenang.

Hadiah untuk pemenang merupakan jersi original tajaan Nike Malaysia. Jangan lupa share peraduan ini di laman sosial anda. Selamat mencuba!