Connect with:




 

Kedua-dua pasangan ini membuat keputusan berani meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.

Walaupun sudah tidak bernaung lagi di bawah naungan badan induk utama sukan badminton negara itu, gandingan Chang Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong menunjukkan mereka masih merupakan pasangan terbaik negara.

Pada kejuaraan Thailand Masters yang berlangsung di Bangkok, Peng Soon dan Liu Ying menepati ramalan selaku pilihan utama selepas berjaya menewaskan pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dengan keputusan 21-16, 21-15 pada aksi final beregu campuran.

Berita gembira diteruskan beregu lelaki, V Shem dan Wee Kiong yang membenam cabaran Lu Ching-yao-Yang Po-han dari Taiwan dengan mata 21-13, 21-17.

Kemenangan ini pastinya menyuntik lagi semangat kedua-dua beregu tersebut untuk terus mengumpul mata bagi mencari slot ke Olimpik 2020 di Tokyo.