Connect with:




Jenama konfeksi terkemuka dunia, Cadbury yang merupakan rakan snek rasmi Liga Perdana Inggeris bakal membawa 10 pemenang bertuah memenangi tiket korporat dan tajaan perjalanan berbayar sepenuhnya ke United Kingdom untuk menonton perlawanan EPL pilihan menerusi peraduan yang bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei ini.

Peraduan tersebut adalah salah satu inisiatif dari Cadbury dalam memperluaskan perkongsian mereka ke seluruh dunia dengan Malaysia menjadi negara pertama selain dari United Kingdom yang menerima perkongsian sebegini.

Bagi mengumumkan perkongsian serta peraduan tersebut, lagenda bolasepak Manchester United, Andy Cole telah merasmikan majlis berkenaan di Empire Damansara, Damansara Perdana, di sini, bagi menandakan lanjutan perkongsian itu semasa lawatan tiga hari beliau ke negara ini.

Pengurus Kategori Cokelat Cadbury, Mondelez International, Nikhil Nicholas berkata: “Pelanjutan perkongsian itu bertujuan untuk memperluaskan jangkauan dan memberi pengalaman unik Cadbury kepada para peminat setia, serta untuk turut berkongsi keseronokan perlawanan Premier League dengan para penggunanya.”

Bagi menyertai peraduan yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018, pengguna hanya perlu membeli apa-apa produk Cadbury dalam sebarang nilai dari mana-mana kedai tempatan dan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian melalui Whatsapp ke 016-6688576.

Maklumat lanjut mengenai peraduan anjuran Cadbury ini boleh dilayari di https://www.facebook.com/notes/cadbury-dairy-milk/cadbury-dairy-milk-buy-win-contest-terms-conditions/1878730922138015/