Connect with:




Sukan memancing telah berkembang amat pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini dimana-mana sahaja anda boleh melihat adanya kaki pancing yang dahulu ia lebih pada rekreasi manakala kini ia lebih dari itu kerana ada yang menjadikan ia sebagai punca pendapatan.

Memancing merupakan salah satu aktiviti luar yang mudah dijalankan dimana-mana kawasan seperti sungai, tasik, kolam, laut dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan hampir semua lapisan golongan umur, taraf hidup dan kesihatan mampu melakukan aktiviti memancing ini.

Foto: The Hull Truth

Sukan memancing ini tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja, golongan wanita juga turut mempunyai kemampuan untuk melakukan aktiviti ini. Malah menurut laporan Persatuan Sukan Memancing Amerika (ASA) di Amerika Syarikat (AS) sebanyak 25 peratus pemancing adalah wanita kerana di AS terdapat 40 juta pemancing yang menjana AS$45 bilion jualan runcit peralatan dan aksesori pancing. Sukan memancing telah diberi status industri kerana memberi kesan AS$125 bilion kepada ekonomi negara selain mewujudkan pekerjaan kepada lebih sejuta orang di AS.

Terdapat pemancing mencari ketenangan dan hilangkan tekanan dari kehidupan yang tertekan dengan kerja dan pelbagai masalah lain. Ada pemancing yang memancing untuk tujuan sumber pendapatan mereka untuk rezeki. Ada juga menyertai pertandingan memancing untuk merebut hadiah wang tunai sehingga puluhan ribu ringgit. Sudah pasti mereka mempunyai sebab tertentu yang membawa mereka ke hobi serta pekerjaan ini.

Golongan wanita juga turut mempunyai kemampuan untuk melakukan aktiviti memancing.
Foto: Casting For Recovery

Tetapi selain daripada perkara di atas, tahukah anda memancing merupakan satu sukan yang mendedahkan seseorang itu kepada cara hidup yang lebih sihat?

Walaupun jika dilihat secara kasar, sukan memancing kelihatan tidak memerlukan anda mengeluarkan peluh banyak, tetapi ketika anda mencari tempat untuk memancing yang sesuai atau lubuk pancing yang baik, ia memerlukan sedikit kerja keras untuk mendapatkan lokasi yang berbaloi. Ini kerana, pemancing sanggup mengayuh sampan atau menaiki bot, berbasikal ke lokasi memancing ataupun sanggup berjalan kaki yang jauh, merentas hutan hanya semata-mata mencari lokasi yang sesuai. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesan positif kepada kardivaskular tubuh badan anda.

Selain itu, bagi wanita pula ia sangat membantu dalam mencegah kanser payu dara kerana seseorang yang menggunakan teknik memancing cara pancingan layang atau flyfishing ini kerana terdapat sebuah pertubuhan Casting For Recovery telah menggabungkan pendidikan kesedaran kanser payudara dengan aktiviti memancing sebagai langkah sokongan, terapi dan senaman kepada wanita.

Pasukan Casting For Recovery  Foto: Casting For Recovery

 

Pertubuhan ini menyatakan bahawa dengan pergerakan lembut dalam teknik pancingan layang adalah menyerupai senaman yang diperlukan oleh golongan yang baru melakukan pembedahan atau rawatan radiasi untuk menggalakan tisu lembut meregang. Kumpulan ini ditubuhkan untuk golongan wanita di pelbagai peringkat usia, rawatan dan fasa penyembuhan.

 

Ikan Merupakan Sumber Nutrisi Terbaik

Selain daripada kesihatan fizikal, ikan hasil dari memancing juga mampu menjadi sumber terbaik badi mendapatkan asid lemak omega-3. Omega-3 sangat baik untuk menurunkan tekanan darah selain menurunkan risiko strok dan kegagalan fungsi hati.

Isi ikan salmon salah satu ikan yang mempunyai nutrisi terbaik.

Menurut Health Line, omega-3 sangat baik untuk mengurangkan ketidakseimbangan kadar degupan jantung selain meningkatkan fungsi otak berkembang bagi kanak-kanak dan bayi serta meningkatkan kesihatan mata.

Malah kajian juga menunjukkan memakan ikan mampu mengurangkan risiko asma, melindungi kulit anda daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko penyakit jantung, melawan peradangan, memperbaiki gangguan mental, mengurangi lemak di hati, menguatkan tulang serta pelbagai lagi.

Oleh itu, sukan memancing sebenar banyak memberi kesan positif dari segi kesihatan, pendapatan, kesedaran dan sebagainya. Anda pasti boleh melihat seseorang kaki pancing akan sedar tentang kesan buruk pencemaran yang akan menyebabkan kemusnahan habitat hidupan air, makan dengan perkembangan sukan pancing sudah pasti lebih ramai masyarakat akan lebih peka terhadap pencemaran.

Memancing juga merupakan salah satu peningkatan sektor industri pelancongan.
Foto: Pancing Bot

Industri sukan memancing perlu dipertingkatkan dari akar umbi lagi seperti negara seperti Thailand dan AS yang merevolusikan hobi memancing kepada industri memberi kesan kepada ekonomi negara. Sudah tentu dengan peningkatan sukan memancing dari segi kemudahan seperti bot ddan perlatan memancing serta lokasi yang terbaik akan meningkatkan industri pelancongan di sesebuah negara.

Foto: De Lille Sports