Connect with:




Menjelang  kejohanan hoki Piala Dunia di Bhubaneswar, India, November ini, kejuaraan merebut Piala Sultan Azlan Shah dilihat menjadi medan terbaik untuk menguji kekuatan pasukan masing-masing.

Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang memasuki  edisi ke-27 pada tahun ini membariskan pasukan-pasukan-pasukan  terkemuka  dunia seperti Australia,Argentina dan India yang akan berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Kejohanan tersebut akan membuka tirai pada 3 Mac 2018 dan akan berakhir pada 10 Mac 2018.

Menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan itu, Datuk Abdul Rahim Md. Ariff berkata, pasukan kebangsaan seharusnya menyahut cabaran ini walaupun pasukan-pasukan lain menurunkan skuad utama mereka.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian penajaan dan replika cek di sebuah hotel terkemuka negara.  Turut hadir pada majlis penyampaian replika cek berkenaan adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut menyempurnakan penyampaian replika cek bernilai RM1.880 juta kepada pihak penaja.

Abdul Rahim berkata lagi, edisi kali ini akan lebih mencabar kerana penganjur hanya menjemput pasukan yang berada di ranking dunia.

“Kita menjemput pasukan seperti Argentina yang berada di ranking nombor satu dunia, India sebagai Juara Asia dan menduduki ranking keenam, England di ranking ketujuh, Ireland di ranking kesembilan dan skuad kebangsaan di ranking ke-12’’, ujarnya.

Foto Kredit: Ligakampung