Connect with:




McLaren secara rasminya memgumumkan tentang pasukan esportsnya yang baharu di bawah kendalian Projek McLaren Shadow dengan kerjasama Team Redline bagi untuk kejohanan F1 Esports Series yang akan datang.

Di bawah kolaborasi Team Readline bersama McLaren, Team Redline akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan kejurulatihan pasukan.

“Kemahiran yang dipelajari dalam permainan video boleh dijadikan sebagai rujukan dalam dunia perlumbaan sebenar. Kami percaya bahawa sukan maya dan perlumbaan dunia sebenar banyak belajar dan memerlukan antara satu sama lain, “kata Ben Payne, Pengarah McLaren esports dalam satu kenyataan.

‘Fun Fatcs’ Mengenai Skuad esports McLaren

1- McLaren Shadow telah memperkenalkan Olli Pahkala sebagai pemain pertama pasukan F1 esport pada bulan Julai, sebelum memilih Enzo Bonito dan Bono untuk menyertai skuad untuk melengkapkan skuad itu.

2- Pahkala dipilih oleh McLaren pada pusingan pertama Pro Draf untuk Siri F1 Esports awal tahun ini manakala Bonito dan Huis kedua-duanya sememangnya pemain yang sudah menempah nama, dengan masing-masing pernah memenangi beberapa Kejohanan Dunia.

3- Team Redline merupakan organisasi lama dalam industri perlumbaan, yang mewakili kedua-dua pemandu sebenar dan alam maya sepanjang 18 tahun.

4- Projek McLaren Shadow bermula dari organisasi F1 sendiri pada tahun 2017, sebagai program lumba dan sukan maya yang setaraf dengan dunia sebenar.

5- Pasukan McLaren Shadow akan bersaing dalam F1 Esports Series 2018, yang akan bermula pada bulan Oktober dan menjanjikan hadiah sebanyak $ 200K untuk dimenangi.

Foto Kredit: McLaren Shadow


*Anda nak menang hadiah misteri dari Dunia Sukan? Ayuh, jadi komuniti kami dan menangi pelbagai hadiah menarik dengan klik link https://duniasukan.com/my-account/