Sehari sebelum pertarungan yang dinantikan para peminat sukan tinju seluruh dunia antara juara tinju bertahan Floyd Mayweather dan Conor McGregor di T-Mobile Arena, Las Vegas, kehangatan Fight of the Year semakin terasa.

Mampukan Mayweather tinggalkan dunia tinju dengan mengekalkan rekod kemenangan bersih? Adakah McGregor bakal menghancurkan mimpi indah Mayweather 26 Ogos ini di T-Mobile?

Tambahan sepanjang minggu terakhir dimana McGregor sibuk melakukan persiapan akhir untuk berhadapan dengan Mayweather, Mayweather lagi senang berfoya-foya di kelab.

Berikutan tindakan Mayweather ini, tidak mengejutkan mengapa McGregor begitu yakin semasa majlis pengumuman pertarungan ini membuat kenyataan bahawa beliau mampu kalahkan Mayweather dalam dua pusingan.

Bukan sahaja McGregor yakin berlagak semasa majlis pengumuman ini, malah di laman media sosial juga jika dibandingkan antara keduanya jelas kelihatan McGregor lebih banyak memperagakan harta kekayaan milik beliau.

Menurut suatu kajian media sosial yang dilakukan oleh CupoNation, jelas bahawa McGregor memperagakan harta kekayaan seperti kereta Lamborghini dan Rolls Royce milik beliau 3 kali ganda berbanding Mayweather di laman Instagram. Bukan itu sahaja, McGregor turut tayangkan jam mewah milik beliau di laman Instagram dengan jumlah post yang berganda berbanding Mayweather yang merupakan seorang duta jam tangan Hublot.

Maka persoalan yang timbul adalah, adakah mereka yang yakin dan bercakap besar bakal tempuhi kemenangan di T-Mobile Arena? Ataupun diam-diam ubi berisi?

Hanya masa penentunya. Jangan lupa saksikan pertarungan hangat antara Mayweather dan McGregor!

 

Disediakan oleh: Atiqa Juana