Connect with:




Bintang UFC, Conor McGregor telah berjaya mempertahankan diri daripada dipenjarakan selepas membuat rayuan berdepan kesalahan tingkah laku kurang senonoh di New York pada April lalu.

Dalam kejadian tersebut, bekas juara lightweight itu didapati telah membaling objek keras ke atas sebuah bas yang membawa beberapa peninju berprofil tinggi di UFC 223 di Barclays Center sehingga menyebabkan kerosakan.

Dakwaan berkenaan diturunkan kerana dia turut mengaku bersalah atas semua pertuduhan tetapi perlu menghadiri kursus pengurusan kemarahan.

Bukan itu sahaja, bintang Ireland ini juga diperintahkan untuk membayar ganti rugi kerosakan yang berlaku kepada bas tersebut serta perlu membuat kerja amal selama lima hari.

“Saya hanya ingin mengatakan saya bersyukur kepada DA [Peguam Daerah] dan hakim kerana membenarkan sayamembela diri dan maju ke depan,” kata McGregor di luar mahkamah.

“Saya juga inginmenzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan kepada rakan-rakan, keluarga saya, dan peminat saya.”

Sementara itu, McGregor tidak bertempur dalam kejohanan Oktagon sejak November 2016, tetapi pengurusnya, Audie Attar mengesahkan bahawa dia akan “kembali semula”.

“Sekarang ini kami rasa lega dan boleh memberi tumpuan kepada beberapa perkara yang telah ditangguhkan kerana kes ini,” kata Attar dalam satu kenyataan.

“Conor telah banyak berlatih. Dia berada dalam keadaan sudah bersedia. Kini dia hanya perlu kembali dan kami harap ada berita yang bakal diumumkan tidak lama lagi. ”

Foto Kredit: (AP Photo/Julio Cortez)