Connect with:




JAGUH tinju dunia, Conor McGregor telah diabadikan dalam sebuah arca yang menakjubkan bernilai £ 50,000 (RM267ribu) bagi menyambut ulang tahun harijadinya yang ke-30.

Peninju UFC terkemuka itu bakal menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut pada harijadinya 14 Julai ini yang turut memilih tarikh tersebut sebagai hari memperingati karya seni agung berkenaan.

Rekabentuk penuh arca Conor McGregor yang dipersembahkan pada hari lahirnya nanti. Kredit: Aspencrow

Pada hari itu, McGregor akan merasmikan karya agung itu dengan memecahkan ukiran dari marmar yang melitupi arca tersebut.

The Sun melaporkan berat arca itu dianggarkan hampir 100kg melebihi berat sebenar Gregor iaitu lebih kurang 69kg.

Ia bakal dipamerkan di Galeri JD Malat di Mayfair, London pada hari lahirnya dan akan menjadi salah satu arca kebanggaan di sana sehingga 30 September.

Batu marmar yang melitupi ukiran legenda itu sebelum dipecahkannya sendiri pada tarikh tersebut. Kredit: Aspencrow

Edgar Askelovic selaku  artis Lithuania berpangkalan di Birmingham, yang merekabentuk arca tersebut dengan nama “Aspencrow”, berkata dia sendiri akan memberikan hadiah yang hebat itu kepada McGregor.

Bercerita tentang teori disebalik arca, Askelovic berkata: “Ia merupakan suatu penghormatan kepada saya apabila Conor sudi menerima hadiah ini daripada saya.”