Connect with:




Bintang UFC Ireland, Conor McGregor dikenakan hukuman larangan memandu selama enam bulan dan denda € 1000 atas kesalahan perlanggaran had laju yang dibenarkan.

Insiden berkenaan menyaksikan Conor memandu dengan had laju 154km melebihi zon 100km di kawasan Kildare, Ireland pada 11 oktober 2017.

Selain memandu dengan laju, dia juga turut melanggar beberapa kesalahan trafik dan gagal mengemukakan lesen apabila diminta polis.

Memakai sut biru, McGregor, 30, memohon maaf  atas beberapa kesalahan trafik sebelum ini termasuk kesalahan melawan polis di Mahkamah Daerah Naas yang terletak di County Kildare.

“Saya harus memandu lebih “cermat” selepas mengaku bersalah,” katanya dengan nada sinis.

Hakim turut memberi peringatan kepada Conor untuk tidak mengulangi kesalahan jalan raya yang sering dilakukannya sebelum ini.

Setakat ini, dia mempunyai rekod 12 kesalahan trafik yang banyak melibatkan lesen dan juga perlanggaran had laju.

Foto: Hotcar