Jaguh tinju dunia, Conor McGregor telah membelanjakan sebanyak £ 1.3 juta (RM 6.9 juta) untuk membeli sebuah Villa percutian mewah yang terletak di Marbella, selatan Sepanyol.

Keindahan permandangan luar yang boleh dilihat menerusi biliknya sendiri.

Villa mewah tersebut dilengkapi dengan gim yang besar, kolam renang berhadapan dengan laut Mediterranean dan juga Teater Wayang disediakan dalam biliknya.

‘Home Cinema’ yang disediakan buat keluarga dan rakannya yang ingin lepak sambil menonton movie.

Dari sudut lain, bintang dari Ireland itu cuba mengelakkan diri daripada media selepas didakwa oleh polis dalam satu kejadian keganasan ketika event UFC dimana dalam insiden berkenaan, McGregor telah membaling objek keras ke arah sebuah tingkap bas.

Sementara menunggu keputusan tentang kes yang boleh memaksanya dipenjarakan selama 7 tahun, bintang ini mahu merehatkan diri di Villa mewahnya dengan nama The Heights.

McGregor boleh menonton matahari terbit dari kolam infiniti peribadi atau bersantai di kawasan ‘lounge’ yang terletak bersama lubang api.

The Mail melaporkan, bintang tinju yang berusia 29 tahun itu telah jatuh hati dengan permandangan indah di Mediterranean dan rumahnya yang berdekatan dengan padang La Golf.

Selain itu, Villanya turut kelihatan menakjubkan dengan pancaran lampu LED sepanjang perkarangan jalan dan pancutan air yang sangat memukau pandangan.

Dapur moden yang dihiasi dengan menarik dan mempunyai panel kaca di lantai untuk membolehkannya melihat permandangan bilik wain bawah tanah.

Apa yang lebih menarik , McGregor boleh menikmati keindahan laut sambil bersantai dalam kolam air panas yang tertelak di dalam rumahnya.

Vila ini juga mempunyai ‘home smart technology’ yang terkini dengan dilengkapi bilik wain bawah tanah dan ‘home spa’ serta lif.

Foto Kredit: The Heights


Terdapat juga pilihan untuk mempunyai ‘home spa’ yang dilengkapi tingkap permandangan serta kolam bawah tanah.