Connect with:




Selepas menjalankan 8 minggu klinik dan latihan kepada kanak-kanak istimewa di sekitar Lembah Klang, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) akhirnya menguji bakat-bakat istimewa ini dalam satu kejohanan mini yang diadakan di Kinrara pada Khamis.

Program ini dijalankan oleh MCA bersama Special Olympics Malaysia (SOM) dan disertai 9 buah sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Murid-murid istimewa ini yang mempunyai masalah pembelaran, autism dan down syndrome diberikan tunjuk ajar mengenai sukan kriket ini.

Menariknya, pengajar mereka terdiri daripada pemain-pemain kriket kebangsaan.

MCA dalam satu kenyataan menyebut, program sebegini mendedahkan kepada para pemain negara untuk membentuk keperibadian positif dengan memberi khidmat kepada komuniti.

“Bagi murid-murid istimewa ini, ia adalah peluang buat mereka membuktikan bakat dalam bidang sukan.

“Buat pemain kebangsaan pula, program sebegini pastinya akan menjadikan mereka atlet dengan kualiti pemenang (winning qualities) sejajar dengan hasrat MCA dalam memastikan pemain negara bukan setakat cemerlang di atas padang malah di luar gelanggang”.