pl

Umum mengetahui Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sering kali menganjurkan pertandingan Sukan Motor Lasak, Motocross sejak tahun 2009 . Kali ini, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) sekali lagi akan menganjurkan Karnival Motocross MBFM Peringkat Kebangsaan Edisi Wilayah Segamat selama dua hari di Litar Motocross Felda Medoi, Segamat, Johor.

Karnival yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Motor Lasak Felda Medoi, Majlis Belia Felda Wilayah Segamat dan Pengurusan Felda Wilayah akan dilaksanakan pada 09-10 Februari 2013.

Dengan objektif untuk menggerakkan generasi baru Felda sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan motocross, MBFM mengharapkan penyertaan sebanyak 150 pelumba dari seluruh negara untuk bersaing dalam kategori seperti kategori terbuka, endurance, cubcross terbuka, klasik, veteran dan tidak terkecuali kategori terbuka remaja.

Pengerusi pertandingan, Mohd Sharim Md Zin menambah, pada masa yang sama, program sampingan seperti kempen keselamatan jalan raya, pameran agensi agensi kerajaan, dan sembang santai bersama pemimpin bakal menarik minat golongan belia untuk menjadikan karnival sebagai wadah perkongsian pintar dan strategik antara MBFM dan golongan belia seterusnya dimanfaatkan ke dalam komuniti Felda.

Dalam pada itu, MBFM juga tidak melupakan tanggungjawab sosial apabila menyelitkan acara Konvoi Jelajah MBFM ke Rumah Belia OKU, sakit kronik.

Konvoi ini akan memberikan sumbangan rumah ke rumah pesakit yang terletak di dalam Felda Wilayah Segamat iaitu, Felda Medoi, Felda Kemelah, Felda Pemanis dan Felda Redong.

Sejajar dengan cogankata “Belia Felda Penggerak Transformasi Negara”, diharapkan karnival ini dapat memberi kesedaran kepada belia Felda dan menghindarkan diri dari gejala sosial dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan khususnya di rancangan Felda dan Malaysia amnya.

 

Disediakan: Nazri Hashim