Connect with:




KYLIAN MBAPPE akan menyumbang keseluruhan pendapatannya sepanjang bermain dalam kejohanan Piala Dunia lebih kurang £ 384,000 (RM2.05 juta) ke rumah kebajikan yang terpilih.

The Wonderkid ini merupakan watak penting tatkala dia membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 dalam perlawanan akhir menentang Croatia dengan kemenangan 4-2.

Dalam pada itu, Mbappe, 19 bakal menyerahkan duit tersebut kepada badan amal sukan yang bekerja dengan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak yang berada di hospital.

Sport Illustrated melaporkan, bintang remaja sensasi itu dibayar sebanyak £ 17,000 (RM 90795) bagi satu permainan, dan memperoleh £ 265,000 (RM1.4juta) sebagai bonus menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi kejohanan berkenaan.

Berita mengenai sumbangan amalnya ini telah dilaporkan oleh akhbar kebangsaan, Perancis L’Equipe.

Foto Kredit: FB Kylian Mbappe