Connect with:




Pemain muda berbakat besar, Kylian Mbappe tidak henti-henti menerima pujian atas prestasinya yang cemerlangnya.

Pada usia 20 tahun, dia sudah berjaya memenangi Piala Dunia bersama Perancis dan diletakkan sebaris dengan nama-nama besar seperti Cristino Ronaldo dan Lionel Messi.

Selain cemerlang bersama skuad kebangsaan, dia juga cemerlang beraksi untuk kelab Paris Saint-German (PSG) dan menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Perancis dengan 24 gol setakat ini.

Bekas penyerang PSG, Pauleta turut mengakui kehebatan Mbappe dalam sukan bola sepak dan beranggapan dia bakal menerima anugerah Ballon d’Or pada masa akan datang.

Dia berkata Mbappe salah satu daripada bakat yang paling menarik dan hebat untuk muncul tidak beberapa lama lagi.

“Dia merupakan bakat baru yang sangat hebat dan dia telah mengagumkan semua orang. Dia seorang pemain yang boleh membuat perubahan pada bila-bila masa, dia telah mencapai tahap yang sangat tinggi dan telah memenangi banyak anugerah ketika masih di awal kariernya. Dia seorang pemain yang boleh membuatkan peminat suka PSG.

“Dia mampu mencapai tahap seperti Messi atau Ronaldo dan memenangi beberapa Ballon d’Or. Dia juga akan terus menang bersama PSG,” kata Pauleta.

Apabila disoal sama ada Mbappe akan bakal menjadi seperti Messi atau Ronaldo, Pauleta melihat Mbappe bakal menjadi seperti Ronaldo.

“Mbapee mengingatkan saya lebih banyak tentang Ronaldo, yang bermula di satu sisi dan berkembang lebih banyak. Saya tidak melihat Mbappe seperti Messi sebaliknya dia lebih tepat akan menjadi seperti apa yang dicapai oleh Ronaldo hari ini,” ujarnya lagi. – Goal(dot)com

Foto : 9sportpro