Connect with:




Gara-gara ditipu penganjur, bintang tinju Floyd Mayweather membatalkan pertarungan yang dirancang dengan seorang petinju Jepun pada sambutan Tahun Baharu di Saitama.

Menerusi kenyataannya di media sosial, Mayweather menegaskan dia tidak melakukan sebarang perjanjian pertarungan rasmi dengan Tenshin Nasukawa dan mendakwa penganjur sengaja mengeksploitasi kehadirannya itu ke sana.

“Saya hendak jelaskan di sini, saya, Floyd Mayweather, tidak pernah bersetuju untuk mengadakan pertaru­ngan rasmi dengan Tenshin Nasukawa,” katanya dalam Instagram.

“Ianya adalah untuk tujuan hiburan semata-mata tanpa secara rasmi atau ditayang di televisyen seluruh dunia,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, juara welterweight yang te­lah bersara itu turut memberitahu tujuan dia ke Jepun pada minggu lalu untuk menyertai satu perlawanan tertutup menentang Nasukawa yang dikenakan bayaran lumayan terdiri daripada sekumpulan kecil penonton dalam kalangan orang kaya

Dalam sidang akhbar di Tokyo pada Isnin, Mayweather, 41, dan pasukannya terkejut dengan tindakan yang dilakukan penganjur yang mengubah tujuan asal pertarungan berkenaan. – AFP

Foto: Reuters/Issei Kato