Connect with:




Peninju dunia, Floyd Mayweather mengungguli carta kedudukan tertinggi 100 atlet dibayar paling lumayan buat kali keempat dalam tempoh tujuh tahun dalam senarai Forbes.

Namun demikian, buat julung kalinya tiada nama atlet wanita yang berada dalam senarai tersebut.

Menurut Forbes, Mayweather memiliki sebanyak AS$285 juta (RM1.136 bilion) antara 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018, mengatasi bintang bola sepak, Lionel Messi yang meraih sebanyak AS$111 juta (RM442 juta).

Sebelum ini, peninju berusia 41 tahun itu meraih RM1.096 bilion ($275 juta) bagi perlawanan menentang bintang seni pertahanan diri, Conor McGregor pada Ogos 2017.

Cristinao Ronaldo menduduki tangga ketiga dengan bayaran $108 juta (RM431 juta)- Foto Kredit: AS English

Bagi atlet wanita pula, Serena Williams yang baru sahaja membuat penampilan setelah berehat melahirkan anaknya, muncul satu-satunya atlet wanita yang berada dalam senarai di kedudukan ke-51 dengan perolehan AS$27 juta (RM107 juta).

Disamping itu, McGregor yang menerima AS$85 juta (RM339 juta) dan tambahan AS$14 juta (RM56 juta) bagi menjadikannya keseluruhan nilai kepada AS$99 juta (RM395 juta) berada di ranking keempat.

Pemain bola Brazil, Neymar menduduki tangga kelima dalam senarai tersebut dengan bayaran AS$90 juta (RM359 juta).

Foto Kredit: Highsnobiety