Raut wajah Ahmad Shaiful Aziz tidak menunjukkan beliau sudah melewati umur 30-an. Malah, aksinya ketika memperagakan skill BMX juga cukup mengujakan.

Hakikatnya, Ahmad Shaiful sudah berusia 38 tahun. Lebih dikenali dengan nama Mat Dagu, beliau antara otai sukan BMX di Malaysia.

“Saya mula dengan sukan ekstrem ini ketika berusia 13 tahun. Pada awalnya saya tidak mempunyai basikal sendiri.

“Mujur abang-abang saya juga meminati sukan ini. Mereka mempunyai beebrapa buah basikal BMX. Saya curi-curi main basikal mereka” jelas Mat Dagu.

Dari situlah bermulanya perjalanan beliau sebagai rider BMX.

Banyak perkara yang telah dikongsikan Mat Dagu kepada Dunia Sukan. Antaranya bagaimana beliau berjaya membeli basikal selepas membantu ayahnya meniaga, pencariannya terhadap orang pertama yang membawa masuk sukan ini ke Malaysia, beza scene BMX dahulu dan sekarang dan banyak lagi.

Semua itu boleh diketahui menerusi segmen Dunia Esktrem dalam amajalah Dunia Sukan edisi Mei 2017.

Jika anda peminat BMX, anda harus dapatkannya. Banyak tips yang dikongsi leh otai Mat Dagu ini.