Tokyo telah melancarkan maskot yang dinanti-nantikan untuk Sukan Olimpik 2020 sebentat tadi.

Maskot yang direka berwarna biru dan merah, mempunyai sepasang mata dan sepasang telinga yang tajam dengan ‘kuasa istimewa’ dipilih oleh kanak-kanak sekolah di seluruh Jepun.

Di samping itu, maskot yang belum diberi nama ini merupakan antara yang paling ramai diundi dari senarai pendek tiga pesaing maskot yang lain dengan lebih daripada 100 000 undian.

Menurut penganjur Sukan Olimpik tokyo 2020, maskot tersebut mempunyai ciri-ciri yang bersifat atletik dan rasa keadilan yang sangat kuat.

Menyambut watak-watak “comel” kepada pasukan Tokyo 2020, gabenor bandar Yuriko Koike berkata beliau berharap pemilihan itu akan terus membina “momentum” dan “keseronokan” pada acara yang berlansung dengan kurang daripada 900 hari sehingga upacara perasmian.

Sementara itu, salah seorang kanak-kanak di Jepun, Miyu Kawa yang berusia dua belas tahun memberitahu maskot yang dipilih “unik” dan “sangat hebat.”

“Saya teruja untuk membayangkan watak-watak ini dipamerkan di mana-mana dan bergerak,” katanya.

Tetapi reaksi media sosial bercampur dengan beberapa orang ramai yang mengatakan mereka mahu sesuatu maskot yang “lebih bulat” dan lebih “memeluk” memandangkan maskot yang dipilih itu tidak berapa bulat.

Tokoh Tokyo 2020  berharap dapat meniru kejayaan maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pyeongchang iaitu Soohorang, anak patung boneka seekor harimau yang dijual lebih daripada 100 000 sepanjang tahun lalu.

Soohorang mencetuskan kegilaan di media sosial secara tidak sengaja selepas seorang sukarelawan berpakaian seperti harimau yang tersekat di pintu, memerlukan pertolongan untuk menolaknya.

Foto Kredit: Japanese Olympic Committee