Connect with:




Isu jurulatih direhatkan makin panas di perdebatkan ekoran pengurusan bola sepak Selangor telah mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih mereka, P Maniam kerana prestasi tidak konsisten pasukan Selangor.

Kebiasaannya, apabila seseorang jurulatih itu mula ‘direhatkan’ oleh pihak pengurusan, secara tidak langsung beliau telah di pecat dari jawatan yang di sandang olehnya. Kita boleh lihat jurulatih sebelum ini yang guna istilah direhatkan, tidak lama selepas itu mereka mula di pecat.

Foto Kredit : fourthofficial.com

E. Elavarasan salah seorang jurulatih yang di rehatkan dari meneruskan komitment beliau sebagai jurulatih akibat prestasi tidak memuaskan ketika membimbing PKNS.

Foto Kredit : terengganutimes.com

Ahmad Yusof ketika membawa Terengganu F.C. juga menerima nasib yang sama apabila pihak pengurusan Terengganu mengambil tindakan merehatkan beiau setelah satu mesyuarat khas diadakan.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dan juga Ketua jurulatih Felda United, B Sathianathan juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan perlu bertindak lebih profesional dan jika hendak pecat, cakap sahaja bahawa beliau telah di pecat dan bukannya berselindung di sebalik jurulatih direhatkan.

Kita lihat profesional pihak pengurusan bola sepak luar negara, apabila prestasi pasukan tidak konsisten dan gagal capai KPI kelab tersebut, mereka terus mengambil tindakan serta merta memecat jurulatih tersebut. Tidak perlu berselindung dan ini yang perlu di pelajari oleh kelab di Malaysia.

Sebelum ini, ketua jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh juga di pecat oleh pihak pengurusan KAFA dan menjadi jurulatih pertama yang di pecat selepas tiga perlawanan Liga Super berlangsung.

Di harapkan pihak pengurusan bola sepak di Malaysia akan lebih profesional dalam isu sebegini kerana ia bukan sesuatu yang baru kerana sudah lama isu ini perdebatkan. Jika perkara ini kita tidak boleh bertindak profesional, bagaimana kita hendak capai sebuah pasukan yang lebih profesional di masa akan datang.

Foto Kredit : 90minit.com