Perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia musim 2018 dijangka melonjak meskipun penganjuran tahun lepas sudah mencapai angka tertinggi sepanjang tiga hari penganjuran.

Hal ini kerana tiga pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin bakal mengisi ketiga-tiga kelas dipertandingkan, masing-masing dalam MotoGP, Moto2, dan Moto3.

Walaupun Hafizh belum secara rasmi menyertai Monster Yamaha Tech3, namun pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjangkakan kehadiran yang lebih ramai berbanding tahun lalu, 166,386 penonton sepanjang tiga hari.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, dia menjangkakan jumlah kehadiran yang luar biasa pada penganjuran pusingan 18 di Sepang, 4 November ini.

“Grand Prix Malaysia akan lebih meriah,” kata Razlan sambil menyatakan jadual bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi akan lebih padat.

Zulfahmi bakal membantu program pembangunan bakat selain menyertai Moto2.

Untuk dua pelumba yang dipilih beraksi di Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV) di Sepanyol, (Ahmad) Zamani (Baharudin) Zamani dan (Ahmad) Fuad (Baharudin) akan menggantikan Zulfahmi sementara di berada di luar.

“Jadual untuk dirinya lebih padat kerana dia perlu melihat prestasi pelumba muda kita di CEV nanti, ” kata Razlan.

Foto Kredit: Paultan(dot)org