Connect with:




Pengerusi Ferrari, Sergio Marchionne telah memuji prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya dan menegaskan bahawa musim ini belum lagi berakhir meskipun mendapat keputusan yang menegecewakan dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Sebastian Vettel kini ketinggalaan 59 mata di belakang pendahulu keseluruhan, Lewis Hamilton selepas gagal menamatkan perlumbaannya di Grand Prix Jepun, Ahad lalu.

Pasukan Ferrari juga ketinggalan sebanyak 145 mata di belakang Mercedes dalam kategori pengeluar, yang dijangka dapat dimuktamadkan pada perlumbaan di Austin Texas, dua minggu lagi.

Jepun mengikuti dua lagi perlumbaan yang malang buat Ferrari, Vettel meraih penamat di tangga keempat selepas bermula dari petak belakang dan tersingkir pada pusingan awal di Singapura selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen.

Marchionne tidak mahu memikirkan tentang nasib malang yang menimpa pasukannya sebaliknya perkara yang penting bagunya agar pasukannya tidak hilang keyakinan.

Dia sangat gembira dengan prestasi pasukannya dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Ferrari akan merapatkan jurang dengan Mercedes dengan baki empat perlawanan lagi.

Foto Kredit: F1 Fansite