Connect with:




Pertahanan Barcelona, Javier Mascherano semakin hampir untuk menyarung jersi kelab dari China, Hebei China Fortune, dengan yuran perpindahan dijangka 10 juta euro (RM48 juta).

 

Pemain yang berusia 33 tahun itu hanya bermain dalam 10 perlawanan musim ini aekoran daripada kecederaan Hamstring yang membelenggunya.

 

Walaubagaimanapun, mereka terpaksa menunggu Samuel Umtiti pulih sepenuhnya dari kecederaan atau pertahanan baru dapat ditandatangani.

 

Umtiti mengalami kecederaan serius ketika perlawanan menentang Celta Vigo yang menyaksikan dia terpaksa diketepikan sehingga Januari hadapan.

 

Dia berjaya memenangi 17 trofi termasuk empat gelaran La Liga, empat Copa del Rey, tiga Piala Super Sepanyol, dua Liga Juara-Juara, dua Piala Super Eropah dan dua Piala Kelab Dunia.

 

Pertahanan berpengalaman (Mascherano) ini sudah menyertai Barcelona sejak 2010 selepas berpindah dari Liverpool.

 

Foto: Tribuna