Connect with:




Masa depan ketua jurulatih bola jaring Kebangsaan, Tracey Robinson masih belum mendapat kata putus lagi selepas Persatuan Bola Jaring Malaysia (MNA) menyerahkan keputusan mengenai Tracey kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

 

Menurut Presiden MNA, Datuk Suraya Yaacob, badan induk tersebut telah menghantar permohonan untuk mendapatkan khidmat jurulatih dari Australia, manakala masih menantikan keputusan mengenai nasib Tracey di dalam skuad bola jaring Kebangsaan sama ada kekal atau tidak.

 

Tambahnya lagi, persatuan juga telah memulakan perbincangan mengenai pelantikan jurulatih baharu dan tidak kisah siapa yang akan dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu.

 

Dalam pada itu, mereka turut akan mengadakan Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung dari 19 hingga 22 Disember, dan pada masa yang sama kejohanan ini akan menentukan pemain yang akan diserap dalam skuad kebangsaan untuk menghadapi kejohanan yang besar tahun hadapan.

 

Fokus badan induk itu tertumpu kepada kejohanan Asia di Singapura pada September yang juga menjadi tempat mereka melayakkan diri ke Piala Dunia Bola Jaring yang akan berlangsung di Liverpool, England, 2019.

 

Untuk sedia maklum, Tracey Robinson telah berjaya membawa skuad bola jaring negara merangkul emas dalam temasya sukan dwitahunan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu.

 

Foto: Asiana.my