Connect with:




ANTHONY MARTIAL telah mengeluarkan kenyataan selepas menerima tindakan disiplin dengan denda sebanyak £ 180,000 (RM 960 000) selepas meghilangkan diri berikutan komplikasi kelahiran anaknya, Swan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas  laporan membabitkan Manchester United ingin mendenda pemain berusia 22 tahun itu kerana tidak hadir ke kem latihan selama tempoh perlawanan pra-musim yang sangat penting.

Dalam pada itu, pengendali Manchester United, Jose Mourinho  turut terkejut dengan pemain Perancis itu yang enggan kembali ke lawatan pra-musim kelab di Amerika Syarikat.

Dia memberitahu pemberita di Miami pada hari Selasa bahawa dia tidak tahu bila penyerang itu akan kembali ke latihan, sementara pegawai kelab tidak dapat memberikan sebab pemain iu tidak terus kembali ke Amerika Syarikat selepas kelahiran anaknya yang comel itu

Martial bagaimanapun menempelak isu tersebut dengan memuat naik kenyataan bahawa keluarganya merupakan yang paling utama berbanding perkara lain.

“Terima kasih atas semua ucapan anda. Swan kecil saya berada dalam keadaan yang baik walaupun ibunya menghadapi waktu sukar, terima kasih kepada Tuhan dan keadaan dia sudah lebih baik sekarang.

“Maaf, saya lebih utamakan keluarga saya terlebih dahulu… Kembali semula di Manchester esok,” ujarnya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sementara itu, hubungan pemain sayap Manchester United itu dengan Mourinho agak tegang susulan kedatangan Alexis Sanchez.

Sejak dua musim di bawah kendalian Mourinho, dia bermain dalam 25 dan 30 perlawanan tetapi hanya disenaraikan dalam kesebelasan utama sebanyak 18 kali bagi kedua-dua musim.

Foto Kredit: Fb Anthony Martial