Connect with:




Marc Marquez berjaya memenangi kejuaraan buat kali kedua berturut-turut pada perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol semalam.

Hal ini sekaligus meletakkan dia sebagai pendahulu kedudukan secara keseluruhan meninggalkan rakan sepasukan pelumba Malaysia iaitu Johan Zarco dan pelumba Yamaha, M Vinales.

Walau bagaimanapun, perlumbaan kali ini menjadi dramatic apabila suatu insiden berlaku melibatkan tiga pelumba, Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo dari Ducati dan rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa yang sedang merebut baki kedudukan podium.

Dalam kejadian tersebut, Lorenzo yang berada di kedudukan ketiga melanggar Pedrosa yang sedang menuju ke selekoh sebelum turut melanggar Dovisioso ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan seterusnya menyasikan Perdrosa tercampak daripada jenteranya berikutan insiden tersebut.

Dengan perasaan hampa, mereka tidak berpeluang untuk meneruskan saingan di babak terakhir sebelum perlumbaan tamat.

Rakan sepasukan Hafizh Syahrin, Johan Zarco meneruskan kemaraannya untuk merangkul kedudukan kedua, manakala pelumba Suzuki dari Itali, Andrea Iannone menduduki podium di tangga ketiga.

Dalam pada itu, , Marquez yang memulakan perlumbaan di Jerez di petak kelima mengakhiri saingan dengan catatan 41 minit 39.678 saat dan kini mengumpul 70, mata manakala Zarco di tangga kedua (58).

“Hari ini saya dapat lakukan dengan baik walaupun saya memulakan perlumbaan di barisan kedua,” kata pelumba Repsol Honda itu.

“Saya dapat menyelesaikan pelbagai perkara dan terus memberikan tekanan saingan kepada pihak lawan. Disini, saya tidak nafikan perlumbaanya amat panjang,” kata Marquez yang memenangi perlumbaan di gelanggang sendiri.

Sementara itu, lagenda MotoGP dunia, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tangga kelima yang menyaksikan legenda Itali itu mencipta sejarah apabila sudah mengharungi 40,075 kilometer perlumbaan sepanjang 23 musim bermula di GP Malaysia pada 1996.

Foto kredit: EPA