Connect with:




Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez nyata tidak gusar dengan perang psikologi cuba dilancarkan pasukan Ducati terhadap dirinya.

Berbaki enam pusingan musim ini, pelumba Sepanyol itu jauh meninggalkan pencabar terdekat Andrea Dovizioso dari pasukan ducati dengan kelebihan 67 mata

“Nasib jelas berpihak kepada kami kerana setelah masuk ke pertengahan kedua musim hanya Ducati yang boleh dikatakan sangat kuat dan rancak mengutip mata.

“Sekiranya untuk setiap lima perlumbaan mereka mengumpulkan lima mata, itu bukan satu masalah yang perlu dirisaukan”, katanya.

Marquez memberitahu bahawa perlumbaan di Litar Aragon kali ini agak istimewa  kerana Selekoh 10 di sirkit tersebut diberi penghargaan sempena nama beliau

“Ini merupakan tahun yang paling istimewa untuk beraksi di Aragon kerana sirkit ini mendedikasikan satu selekoh atas nama saya dan tentunya saya teruja mahu memenangi perlawanan itu nanti.

“Saya cukup selesa untuk beraksi di sini (Aragon) malah saya boleh menunggang dengan baik sekali, setiap tahun ini adalah sirkit kegemaran yang dinantikan di kalendar  dan saya sudah tidak sabar mahu beraksi di hadapan penyokong tempatan”, ujarnya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan seterusnya, Dovizioso, yang memberitahu  wartawan bahawa Marquez pasti akan mencari kemenangan di hadapan penyokong sendiri di Aragon nanti, Marquez bersahaja menjawap beliau tidak berminat dengan perang psikologi cuba dimainkan pasukan lawan (Ducati).

“Mereka cuba mendesak saya untuk melakukan kesilapan tapi seperti saya katakan sebelum ini, fokus saya tidak terganggu jadi mereka perlu mencuba lebih baik,” ujarnya sambil tersenyum.