Connect with:




Satu insiden memalukan terjadi ketika sidang media pra perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino apabila perdamaian yang cuba diberikan Marc Marquez kepada Valentino Rossi tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Rossi ketika ditanya mengenai hajat Marzquez yang menyatakan mahu berdamai dengannya sebelum turun ke litar merebut gelaran GP San Marino, bersahaja juara dunia sembilan kali itu menyatakan bahawa mereka tidak bertelegah.

“Kenapa kami perlu berdamai ? Saya tahu beliau (Marquez) ingin berdamai tapi hakikatnya kami tidak pernah mempunyai masalah,” soal Rossi.

Marzquez yang diajukan soalan adakah beliau akan bersalaman dengan Rossi selepas sidang media dan pelumba Sepanyo itul jelas bersedia untuk bersalaman.

“Tentu saja saya mahu bersalam jika dia (Rossi) tidak keberatan untuk kami bersalam,” sambil menghulur tangannya.

Rossi yang hanya berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepalanya tanda enggan langsung tidak menyambut salam Marquez sebaliknya bertindak meninggalkan pelumba Repson Honda itu tersenyum kelat.

“Ini bukan kali pertama tapi sudah kali kedua perdamaian yang saya tawarkan ditolak sekarang apa yang boleh saya katakana lagi ? .

“Saya rasa buat masa sekarang saya hendak fokus kepada perlumbaan terlebih dahulu,” jelas Marquez.

Kedua-dua perlumba terkemuka dunia itu sudah berkelahi sejak beberapa tahun lepas dan mereka pernah bertikam lidah di GP Sepang 2015 namun kembali jernih selepas setahun.

Sepertinya Rossi kelihatan masih tidak berpuas hati mengenai pelanggaran di GP Argentina di mana beliau gagal meneruskan perlumbaan dan tanpa meraih mata.