Connect with:




Tiada rasa bimbang buat pelumba MotoGP, Marc Marquez mengenai kemungkinan akan ada ketegangan antara beliau dan rakan sepasukan barunya dalam pasukan Honda, Jorge Lorenzo seperti mana yang pernah terjadi antara dua legenda Formula Satu (F1), Ayrton Senna dan Alain Prost.

Melakukan penampilan pertama bersama pasukan baru (Honda), Lorenzo yang menggunakan jentera baharunya, Honda RC213V semasa ujian Valencia minggu lepas mempamerkan tunggangan agak positif dengan catatan masa ujian pertama serta kedua menunjukkan peningkatan beberapa saat.

Namun begitu, Marquez yang masih lagi menjalani proses pemulihan daripada kecederaan mengakui bahawa dirinya tidak memberikan sehabisnya pada sesi ujian tersebut.

“Saya tidak tergugat dengan Lorenzo dan tentu saja kami berdua mahukan gelaran dunia serta berada di depan. Kami berdua juga akan berhabis-habisan memastikan sasaran tersebut tercapai.

“Bagaimanapun kami tetap rakan sepasukan apabila di luar litar. Selepas berjaya menumpaskan beliau pada GP Austria dan Brno, kami masih lagi bersikap profesional.

Marquez memberitahu bahawa beliau menghormati Lorenzo sebagai orang lama yang lebih berpengalaman dan beliau yakin mereka mampu menjadi rakan sepasukan yang baik.

“Sudah tentu, dia lebih matang daripada saya dan memiliki pengalaman luas. Saya yakin mampu membina hubungan dengannya sama seperti hubungan saya dengan Andrea Dovizioso sekarang,” ujarnya lagi.

Foto : Facebook HRC Honda Racing

Sumber : AFP