Connect with:




Marc Marquez memperoleh kemenangan ketiga dalam saingan MotoGP musim ini selepas menjuarai GP Perancis, semalam.

Penunggang Repsol Honda itu mengakhiri perlumbaan di Litar Le Mans dengan catatan masa 41 mnit 49.773 saat sekali gus memastikan kemenangan ke-38 dalam kategori itu.

Walaubagaimanapun, harapan peminat tuan rumah untuk menyaksikan Johann Zarco menaiki podium tidak kesampaian apabila penunggang itu terbabas di pusingan ketujuh meskipun bermula di petak utama.

Smeentara itu, penunggang negara, Hafizh Syahrin pula berjaya menamatkan perlumbaan kali ini di petak ke-12 dan meraih empat mata berharga selepas terpalit dengan kemalangan minggu lalu.

Bekas juara dunia, Valentino Rossi sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang Danilo Petrucci dari pasukan Ducati.

Sumber : My Metro

Foto Kredit : tribunnews(dot)com