Connect with:




Dua penunggang jentera Repsol Honda, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo mengharapkan tuah berpihak kepada mereka dalam aksi perlumbaan keempat saingan MotoGP 2019 yang akan berlangsung di Grand Prix Sepanyol.

Marquez yang gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh pada perlumbaan di GP Amerika berharap dapat bangkit daripada kegagalan apabila bakal beraksi di laman sendiri.

Berdasarkan rekod di GP Sepanyol, Marquez berjaya memenangi perlumbaan sebanyak dua kali dan tidak pernah terlepas untuk menaiki podium. Ini menunjukkan betapa cemerlang prestasi Marquez di laman sendiri.

Marquez turut mengganggap Litar Jerez adalah istimewa disebabkan dalam calendar MotoGP, GP Sepanyol adalah litar pertama di eropah yang akan dilalui oleh setiap perlumba. Dia turut mendapat sokongan daripada penonton dan peminat MotoGP di Sepanyol.

Marquez akan memberikan perlumbaan yang terbaik untuk merebut kejuaraan yang semakin sengit dengan kehadiran pelumba-pelumba muda yang menunjukkan peningkatan prestasi yang menakjubkan.

Sementara itu, bagi rakan sepasukannya, Lorenzo mengharapkan dia dapat mengulangi sejarah silam di Litar Jerez yang pernah dimenanginya sebanyak tiga kali sepanjang beraksi di MotoGP dan berharap tuah menyebelahinya kali ini selepas pulih daripada kecederaan.

Litar Jerez adalah litar kegemaran Lorenzo kerana permukaan litar yang mempunyai cengkaman yang bagus dan sesuai dengan gaya tunggangannya.

Lorenzo gagal menamatkan saingan di Litar Jerez musim lepas selepas terlibat dalam kemalangan dan berharap dia dapat menyaingi pelumba-pelumba lain untuk mendapatkan mata bagi membantu kedudukan pasukan dan individu.

GP Sepanyol akan berlangsung pada 5 Mei ini bertempat di Litar Jerez bermula pada pukul 8 malam waktu Malaysia.

Foto : MotoGP