Connect with:




Kelab terkemuka Indonesia, Persib Bandung hari ini mengumumkan Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu mereka untuk musim 2018 nanti.

Menurut kenyataan dari laman web Persib, proses menandatangani bekas pengedali JDT itu memakan masa yang agak panjang namun akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan Gomez ditawarkan kontrak selama dua tahun.

Jurulatih terbaik Liga Malaysia 2015/2016 ini masih berada di Argentina dan dijangka akan hadir ke Bandung untuk diperkenalkan kepada Bobotoh (gelaran kepada penyokong Persib) pada awal Disember ini.

Gomez sebelum ini pernah menjadi pembantu kepada pengurus ternama Hector Cuper sebelum melatih beberapa kelab seperti Gimnasai La Plata, Asteras Tripolis, Quilmes dan Deportivo Cuenca. Pada tahun 2014, Gomez mula melatih di Asia dengan kelab Hong Kong, South China FC menjadi kelab pertama dilatihnya di benua tersebut.

Pada 2015, Gomez dilantik menjadi pengendali pasukan JDT. Antara kejayaan yang dicapainya bersama Harimau Selatan adalah juara Liga Super 2015 dan 2016, juara Piala FA 2016 dan paling diingati pastinya memenangi Piala AFC pada 2015.

Dengan sahnya berita Gomez ke Persib ini, ia sekaligus melenyapkan desas-desus tentang khabar angin pengendali tersebut yang akan melatih pasukan Kedah untuk musim depan.