Berikutan beberapa siri kegagalan di pentas antarabangsa, pengurusan skuad futsal kebangsaan mengambil langkah berani apabila dikhabarkan bakal mengambil Pengarah Teknikal Futsal  yang baru.

Menurut sumber, Marcelo Serpa Coelho dari Sepanyol disebut-sebut bakal mengisi kerusi tersebut di atas reputasi besar yang beliau miliki sebagai pemain, jurulatih dan Pengarah Teknikal.

Antara tugas utama beliau adalah membina asas futsal yang kukuh dan penstrukturan profesional dan juga membantu perkembangan sukan futsal di negara Asia.

Lebih dikenali sebagai Serpa, beliau memulakan karier dengan menyertai pasukan futsal Flamengo di Brazil ketika berumur 11 tahun. Pada tahun 1994, Serpa mengembangkan bakatnya apabila berhijrah ke pasukan futsal Mejorada dan Caja Segovia yang berpengkalan di Sepanyol.

Selain Caja Segovia, Serpa turut bermain untuk pasukan gergasi Sepanyol iaitu Inter Movistar dan mengakhiri karier sebagai pemain di Futsal Lobelle Santiago dan pasukan Futsal Pinto.

Sepanjang bermain futsal selama 18 tahun, antara koleksi kemenangan Serpa adalah Piala Eropah, Piala Intercontinental, juara lima kali Piala Sepanyol dan dua kali menjadi juara Piala Super Sepanyol.

Namun karier Serpa tidak berhenti disitu, malah turut menyertai pasukan yang berpengkalan di Perancis pada tahun 2010. Beliau dilantik sebagai Pengarah Teknikal dan juga sebagai pemain untuk pasukan Futsal Metropole Paris.

Beliau berjaya membawa pasukan ini ke puncak liga dan memasuki beberapa final di kejohanan yang dianjurkan disana.

Menurut sumber itu lagi, Serpa dijangka tiba untuk memulakan tugas pada pertengahan Jun ini dan berharap dengan kehadiran beliau mampu mengembalikan maruah skuad kebangsaan terutamanya di peringkat Asia Tenggara.

PENCAPAIAN SEBAGAI JURULATIH
? Finalist of France Futsal Championship (2011)
? Finalist of France Futsal  Cup (2011)
? Champion of Ile de France Futsal Championship – PH (2011)
? Champion of Paris IDF Futsal Cup (2011)

PENGALAMAN SEBAGAI PEMAIN PROFESIONAL
2010-2011 Paris Metropole Futsal. (Paris – France)
2009-2010 Pinto F.S. (Madrid – Spain)
2007-2009 Futsal Cartagena (Cartagena – Spain)
2005-2007 Lobelle de Santiago F.S. (Santiago de Compostela – Spain)
2002-2005 Muebles Caloto F.S. (Lugo – Spain)
2000-2002 Inter Movistar F.S. (Madrid – Spain)
1997-2000 Caja Segovia F.S. (Segovia – Spain)
1996-1997 Universidad Europea de Madrid (Madrid – Spain)
1995-1996 Alcantarilla F.S. (Murcia – Spain)
1994-1995 Mejorada F.S. (Madrid – Spain)
1983-1994 C.R. Flamengo (Rio de Janeiro – Brazil)

SENARAI KEJAYAAN SEBAGAI PEMAIN
? European Champions League  (2000)
? European Cup of Winners Cup (2007)
? 2 Spanish Leagues (1998/99, 2001/02)
? 5 Cups of Spain (1998, 1999, 2000, 2001, 2006)
? 3 Super Cups of Spain (1999, 2000, 2002)