Diego Maradona telah dilantik sebagai pengerusi kelab Dinamo Brest dengan menandatangani kontrak tiga tahun dan akan mengambil peranan selepas kejohanan Piala Dunia di Rusia nanti.

Legenda Argentina itu melepaskan jawatannya sebagai jurulatih buat pasukan Al Fujairah bulan lalu kerana gagal membawa pasukannya layak ke divisyen dua UAE.

Bekas pemain Barcelona dan Napoli ini juga pernah membimbing skuad Argentina dari tahun 2008 sehingga 2011.

Pasukan Dinamo Brest kini berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana Belarus dan akan bertemu Bate Borisov dalam aksi final Piala Belarus, Sabtu ini.

Foto Kredit :