Connect with:




Lumrah seorang manusia berasa marah apabila diprovok rakan atau musuh sekeliling. Begitulah yang dilakukan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona apabila dia melemparkan kata-kata kesat kepada penyokong pasukan lawan selepas diejek ekoran kekalahan skuad bimbingannya Dorados of Sinaloa dalam aksi final divisyen dua Mexico.

Dalam perlawanan aksi timbal balik itu, Dorados gagal dalam misi merebut peluang untuk dinaikkan posisi ke divisyen utama selain tewas dalam meraih gelaran kejuaraan berkenaan.

Kejadian itu turut menyaksikan selepas aksi yang berakhir dengan kekalahan secara agregat 3-4 itu, Maradona yang sedang berjalan meninggalkan stadium diejek penyokong San Luis dengan berkata: “Telan ia Maradona!”

Maradona yang berang cuba untuk menyerang penyokong tersebut namun pengawal keselamatan sempat menghalang dan menenangkannya.

“Kamu anak tidak guna, datang ke sini dan cakap di depan saya!” jerit Maradona sebelum pengawal keselamatan mengiringinya keluar daripada stadium.

Maradona, 58, sebelum ini turut dikenakan denda keluar padang pada aksi pertama perlawanan susulan tindakannya yang meluahkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan yang menganggap pasukannya patut dihadiahkan penalti.

Dalam perkembangan lain, Legenda Piala Dunia 1986 itu juga menerima banyak kritikan apabila mengumumkan pada September lalu yang beliau akan menggalas tanggungjawab ssebagai pengendali Darodos dalam saingan kedua liga Mexico.

Foto: AFP