Connect with:




Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona jatuh pengsan sejurus menyaksikan kemenangan bermakna pasukan kesayangannya menentang Nigeria, awal pagi tadi.

Rakaman video yang tular di media sosial itu menyaksikan ikon yang berusia 57 tahun itu tidak sihat dan sukar berjalan sehigga menyebabkan rebah ketika menuju ke bilik VIP.

Kakitangan paramedik terpaksa memberi rawatan kecemasan kepada ikon yang berusia 57 tahun itu yang dikhuatiri mengalami serangan jantung.

Sepanjang perlawanan tersebut, Maradona kelihatan sentiasa beremosi di Saint Petersbug yang inginkan Argentina menang untuk terus kekal.

Maradona yang sedang dirawat oleh dua anggota Paramedik. Foto Kredit: Aledeh

Perlawanan dramatik itu membuahkan hasil apabila Marcos Rojo menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 86, sekaligus memberikan kegembiraan berganda buat Maradona yang dilihat bersandar di dinding tempat duduk VIP sambil memberikan tabik hormat sebelum menjerit meraikannya.

Laporan media Argentina memberitahu, Maradona mengalami gangguan tekanan darah dan dia sudah bolah berjalan ke hotel penginapannya.

Dia yang sedang bertarung dengan ketagihan dadah (kokain) pernah dilaporkan hampir meninggal dunia pada 2007.