Connect with:




Sekian lama perdebatan siapa lebih terbaik antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo terus diperdebatkan. Kini beberapa media dan pakar kembali menghidupkan perdebatan ini selepas kedua-dua pemain ini berjaya membantu pasukan masing-masing layak ke suku akhir Liga Juaa-Juara (UCL).

Oleh itu, terdapat media yang inginkan pandangan pemain legenda Argentina, Diego Maradona mengenai perdebatan siapa lebih hebat antara Messi dan Ronaldo. Namun begitu, Maradona mengambil langkah untuk menghormati kedua-dua pemain tersebut.

Maradona menhembuskan kata pujian kepada kedua-dua pemain ini setelah beraksi cemerlang membantu pasukan masing-masing untuk mara ke suku akhir UCL.

Dalam perlawanan pusingan 16, UCL aksi timbal balik, Messi berjaya menjaringkan dua gol serta dua bantuan gol untuk Barcelona dengan kemenangan 5-1 ke atas Lyon.

Sehari sebelum itu, seteru kepada Messi iaitu Ronaldo pula bergaya mencipta hatrik untuk membantu Juventus bangkit ke atas Atletico Madrid dengan argregat 3-2 setelah ketinggalan dalam perlawanan pertama 2-0 di Wanda Metropolitano.

Diego Armando Maradona

Menurut Maradona, Messi dan Ronaldo mempunyai keistimewaan tersendiri dan sangat ‘berkuasa’.

“Ada pemain yang disentuh dengan kayu ajaib dan terus mempunyai kuasa ajaib, itulah Lionel Messi.

“Kami sangat berbangga dengan Messi kerana beliau adalah orang Argentina dan tidak pernah meninggalkan negara ini untuk Sepanyol,” puji Maradona.

Maradona merujuk terhadap kesetian Messi untuk bersama Argentina walaupun Messi pernah ditawarkan untuk bersama skuad Sepanyol pada satu ketika dulu. Messi yang telah tinggal di Sepanyol sejak remaja lagi bersama Akademi La Masia.

Setelah itu, Maradona pula menganggap Ronaldo sebagai ‘raksasa’, iaitu makhluk yang sangat sukar untuk ditewaskan dan dihentikan apabila inginkan sesuatu.

“Ronaldo adalah ‘raksasa’, beliau adalah simbol kuasa sebenar dan kini beliau telah menjadi ahli sihir. Jika beliau berkata ingin menjaringkan tiga gol dan beliau benar-benar akan menjaringkan tiga gol seperti menentang Atletico tempoh hari,” ujarnya.

Messi dan Ronaldo sekali lagi menjadi penyumbang gol utama kepada pasukan masing-masing dengan membantu Barcelona dan Juventus dalam pemburuan kejuaraan liga. – MARCA

Foto : Fox sports