Roberto Mancini dilaporkan bersetuju untuk membimbing skuad kebangsaan Itali selepas membatalkan kontrak dengan kelab Rusia, Zenit Saint Petersburg.

Bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan itu ditugaskan untuk membentuk dan membawa Itali ke Kejuaraan Eropah 2020 dengan ujian pertamanya adalah aksi persahabatan menentang Arab Saudi di Switzerland 28 Mei ini.

“Roberto menunjukkan minat yang mendalam untuk menjawat jawatan jurulatih baru Itali,” kata Pesuruhjaya FA Itali.

Itali yang sebelum ini tidak mempunyai jurulatih sejak Gian Piero Ventur dipecat selepas gagal membawa skuad Azurri ke Pila Dunia 2018 buat kali pertama sejak 1958.

Sebelum pemilihan Roberto, nama-nama lain seperti Carlo Ancelotti dan pengurus Chelsea, Antonio Conte disebut-sebut bakal mengisi kekosongan itu tetapi Ancelotti menolak tawaran berkenaan.

Roberto Mancini pernah membawa Manchester City menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris paa 2012 selain menjuarai tiga gelaran Serie A dengan Inter Milan.

Sumber : My Metro
Foto Kredit : sport1(dot)de