Connect with:




Buat julung kalinya, kelab Manchester United telah melancarkan jersi ‘away’ mereka yang berwarna merah jambu bagi musim 2018/19.

Jersi terbaru itu dilhamkan sebagai tanda penghormatan kepada sebuah akhbar tempatan Manchester yang popular suatu ketika dahulu iaitu The Football Pink.

The Football Pink dicipta oleh Manchester Evening News dan keluar pada hari Sabtu petang sehingga ditutup pada tahun 2007 itu sememangnya menjadi akhbar kegemaran dalam kelangan penyokong Manchester United.

Reka bentuk ‘kit’ terbaru itu dengan warna merah jambu sebagai tanda warisan bola sepak Manchester United dengan trend pastel kontemporari bagi membolehkan jersi tersebut digayakan di luar padang.

“Warisannya kekal dan musim ini The Pink muncul kembali,” kata halaman depan United Review.

“Bukan hanya di hati dan minda penyokong tetapi juga di belakang jersi ‘pewaris’ mereka.”

United melancarkan jersi berkenaan selepas pasukan Jose Mourinho tewas 3-0 kepada Tottenham.

Foto Kredit: ADIDAS