Majalah Forbes di Amerika Syarikat memberi pengiktirafan kepada kelab gergasi England itu sebagai yang paling berharga di dunia ekoran selepas sebuah firma perkhidmatan profesional KPMG telah menilai the “Red devil” antara kelab eropah paling berharga.

Dalam senarai ranking terbaharu kelab sukan paling kaya yang dikeluarkan majalah itu, United sekali lagi telah mengatasi kedudukan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid yang menghuni tempat pertama tahun lalu.

Menurut kajian Forbes, faktor jenama dan strategi penajaan yang agresif banyak membantu United menduduki tempat teratas kelab paling berharga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dengan memiliki aset kekayaan bernilai AS$3.69 bilion (RM15.72b).

United tetap unggul dari segi nilai komersial apabila berjaya menjana pendapatan AS$765 juta (RM3.3b) pada musim 2015-16 turut mengatasi kejayaan Real Madrid menjuarai Liga Juara Juara Eropah buat tahun kedua berturut-turut baru-baru ini.

Barcelona juga tidak banyak membantu mereka melonjakkan kedudukan sebaliknya menduduki satu anak tangga di belakang Real Madrid.