Connect with:




Kelab Manchester United didakwa UEFA selepas tiba lambat dalam pertemuan aksi mereka menentang Valencia di Liga Juara-Juara Selasa lalu.

Memetik laporan media British bas pasukan United telah ditahan dalam trafik dalam perjalanan ke Old Trafford dan tiba hanya 45 minit sebelum perlawanan kickoff sehingga menyebababkan aksi ditunda selama 5 minit.

Dalam pada itu, pengurus kelab, Jose Mourinho meluahkan rasa kurang senang apabila pihak polis enggan memberi khidmat pengiring kepada mereka untuk sampai ke stadium.

Namun, pihak polis menegaskan khidmat pengiring sudah dihentikan melainkan ada risiko kepada pemain.

Bukan itu sahaja, Valencia turut dikenakan tindakan selepas didapati melanggar peraturan ‘kit’ dengan memakai pemanas leher yang mempunyai logo pengeluar.

Foto Kredit: The Standard