Connect with:




Impian Arsenal untuk berkongsi mata musnah apabila Maroune Fellaini menanduk masuk gol kemenangan pada minit kecederaan dalam perlawanan terakhir Arsene Wenger sebagai pengurus The Gunners di Old Trafford, sebentar tadi.

Fellaini yang masuk menggantikan Ander Herrera meledak gol kemenangan selepas menerima hantaran Ashley Young menewaskan penjaga gol Arsenal, David Ospina.

Paul Pogba terlebih dahulu meledak gol pembukaan selepas situasi kelam kabut di depan gawang Arsenal pada minit ke-16 sebelum bekas pemain United, Henrikh Mkhitaryan menyamakan kedudukan pada minit ke-51.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad Jose Mourinho berada di landasan tepat untuk menamatkan saingan musim ini di tangga kedua, beza lima mata dengan Liverpool di tangga ketiga.

Foto Kredit : independent(dot)co(dot)uk