Manchester Thunder berjaya menewaskan pendahulu liga, Wasps Netball 53-42 dalam pertandingan ‘Vitality Super League Netball’ 2018.

Manchester Thunder kini yang berada di kedudukan ketiga liga dengan pungutan 33 mata hanya dipisahkan tiga mata dengan pendahulu liga dan pasukan yang berada di kedudukan kedua liga.

Manchester Thunder dan Wasps Netball masih kurang satu perlawanan berbanding dengan pasukan Loughborough Lightning yang berada di kedudukan nombor dua liga dengan 15 perlawanan.

Kekalahan Wasps Netball ini menyaksikan persaingan untuk merebut pendahulu liga terus rancak apabila kedudukan mata antara lima pasukan teratas begitu rapat dan seberang kesilapan pasti akan menyebabkan mereka akan turun kedudukan bawah.

Foto Kredit : Manchester Thunder Netball