Connect with:




Pertembungan dua seteru utama, Manchester United dan Manchester City di Stadium Old Trafford awal pagi esok bakal menjadi tumpuan utama peminat Liga Perdana Inggeris.

Lebih menarik, pertembungan derby ini turut mendapat perhatian pasukan Liverpool yang mengharapkan Man United mampu menewaskan Man City atau sekurang-kurangnya seri untuk membuka peluang kepada mereka merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir pada 1990.

Berdasarkan rekod, sebanyak 177 pertembungan telah berlaku. 73 perlawanan memihak kepada Man United manakala Man City menang 52. Perlawanan derby ini juga berkesudahan dengan seri sebanyak 52 kali.

Kali terakhir mereka bertemu dalam Liga Perdana Inggeris pada 11 November 2018 di Stadium Etihad yang memihak kepada tuan rumah, Man City dengan kemenangan 3-1. Dan awal pagi esok, giliran Man United menjadi tuan rumah untuk melayan kunjungan penyandang juara liga.

Mengikut rekod juga terdapat empat pertembungan yang menghasilkan kemenangan besar antara kedua-dua pasukan ini. Antaranya:

Man United 1-6 Man City

Man United 0-5 Man City

Man United 5-0 Man City

Man United 1-6 Man City

 

Man City yang berada di bawah bimbingan Pep Guardiola kini berada di tangga kedua liga di belakang pencabar utama kejuaraan, Liverpool. Kemenangan Man City awal pagi esok bakal melonjak kembali mereka di puncak liga, namun, jika Man City seri ataupun tewas kepada Man United, ia akan membuka peluang kepada anak buah Jurgen Klopp untuk menjulang piala musim ini.

Sementara di kem Man United pula, mereka seperti hilang punca selepas tersingkir daripada suku akhir Liga Juara-Juara kepada Barcelona apabila mudah diratah Everton dengan kekalahan 4-0 pada perlawanan terakhir liga. Ia kembali menyukarkan mereka untuk mengejar kelompok empat teratas liga bagi mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Foto : Sportskeeda