Gergasi bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester City mengumumkan pendapatan mereka sebanyak STG473.4 juta (RM2.62 bilion) untuk kewangan tempoh lalu.

Jumlah tersebut adalah pendapatan bagi musim 2016/17, kenaikan 21 peratus berbanding tahun sebelumnya, ianya juga tahun ketiga berturut- turut pasukan MC menunjukkan kenaikan pendapatan.

Tambahan pula, kelab ini tidak pernah mencatatkan keuntungan melebihi STG400 juta (RM2.22bilion), pengerusi kelab Manchester City, Khaldoon Al Mubarak berkata pertumbuhan kelab itu sudah hampir dengan angka STG500 juta (RM2.77 bilion).

 

Jadi, anda mesti tertanya-tanya bagaimana pasukan-pasukan ini dapat menaikkan kuntungan mereka tahun demi tahun kan?

 

Jadi kami akan kongsikan enam kaedah pasukan bola sepak membina pendapatan mereka;

 

  1.  Penajaan. 
  • Wang dari hasil penajaan adalah satu sumber yang besar untuk sesetengah kelab bola sepak. Jadi, semakin tinggi devisyen sesuatu pasukan itu bermain, semakin banyak wang dari penajaan mereka akan peroleh.
  • Sebagai contoh, Real Madrib menerima USD34 juta setahun dengan memaparkan Fly Emirates di bahagian hadapan jersi mereka.

 

  1. Barangan rasmi kelab.

Foto Kredit: MCFC

  • Cenderahati yang dihasilkan oleh sesuatu pasukan merupakan salah satu sumber terbesar yang mereka akan dapat.
  • Ianya termasuk, jersi, mafla (skaf), topi, cawan, keychain dan banyak lagi.
  • Ianya kerana barang-barang ini merupakan barang yang kerap dibeli oleh penyokong dan penggemar sukan bola sepak.

 

  1. Jualan tiket.
  • Setiap pasukan akan menerima dana dari penjualan tiket sejurus daripada mereka bermain di halaman mereka sendiri.
  • Jika didapati kehadiran penyokong adalah terhad, mereka akan mencari inisiatif untuk membesarkan stadium mereka dan menyediakan pelagai kemudahan yang bagus di stadium mereka.
  • Sebagai contoh, pasukan Arsenal telah menambah kapisiti penyokong mereka dengan 60,000 di Stadium Emirates, manakala stadium kelab Atletico Madrid, Vicente Calderon pada mulanya berkapasiti 55,000 dan menggantikan ke Stadium Wanda Metropolitano dengan kapasiti 68,000 penyokong.

 

  1. Perpindahan pemain.
  • Cara ini adalah salah satu kaedah untuk menaikkan pendapatan dengan menjual salah seorang pemain mereka ke pasukan lain.

 

  1. Wang kemenangan.
  • Sesuatu pasukan akan mendapat ganjaran apabila mereka memenangi trofi dalam setiap kejohanan.
  • Contohnya, mana-mana pasukan yang memenangi Liga Juara-juara Eropah, mereka akan mendapat ganjaran Euro15 juta (RM75 juta), manakala bagi pemenang bagi Liga Eropah ialah Euro3.5 juta (RM17.5 juta). Banyak kan ?

 

Foto Kredit: City watch