Juara Liga Premier 2017/18 Manchester City F.C. memperluaskan bidangnya dalam E-Sukan dengan menjadi kelab Premier League pertama yang melancarkan pasukan FIFA Online di China untuk bersaing dalam FIFA Online Star League (FSL).

Kelab itu memiliki sebuah pasukan yang disertai dengan lima orang pemain lima pemain, termasuk Zhang Jun, pemain paling berharga dalam FSL musim lalu, bersama Aruya dan Liu Chao, yang kedua-duanya jaguh bagi dua musim terdahulu. Apa yang lebih menarik, baki dua tempat dalam senarai tersebut bakal diisi oleh penyokong Manchester City, sekaligus mendapat kedudukan untuk bersaing dalam kejohanan.

Dalam pada itu, Manchester City secara rasmi mendedahkan pasukan E-Sukannya yang baru ini pada suatu majlis pelancaran yang eksklusif diadakan di Star Alliance Esports Centre di Beijing, dengan dihadiri  wakil dari Manchester City, Tencent, dan Pengerusi Persatuan untuk Esports Cina (ACE), Xu Ye.

“Kami gembira untuk memasuki dunia permainan yang menarik di China, pasaran terbesar di dunia untuk E-Sport,” kata David Tang, Pengarah Wilayah Serantau Manchester City, China dalam satu kenyataan.

“Kami tak sabar nak menonton pasukan bermain di FSL dan melikat mereka berusaha untuk menjadi juara sekaligus dapat menambah kejayaan yang kami nikmati dalam padang musim ini,” tambahnya.

Disamping itu, Eksekutif mereka, Tencent Shulun Gao memberitahu bahawa FIFA Online sangat popular di seluruh China dan menzahirkan kegembiraannya kerana mempunyai pasukan E-Sukan di negara tersebut dengan penampilan pemain yang hebat.

Sementara itu, Manchester City merupakan kelab pertama yang mempunyai pasukan E-Sukan dekat EPL, tatkala PSG adalah kelab besar yang pertama di dunia yang melakukannya.tetapi bukanlah kelab bola sepak utama yang pertama melakukannya.

Kelab Bola Sepak Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini mengumumkan perkongsian strategik dengan salah satu francais Dota 2 yang paling berjaya di China, LGD Gaming, pada April.

Foto Kredit: Esports Observer